Wednesday, January 11, 2012

Tips menjadi murabbi


ALHAMDULILLAH.. ALLAH S.W.T telah memlilih saya untuk berada & sabat dalam jalan dakwah ini.. walaupun baru lagi rasanya berkecimpung dalam jalan dakwah ini, tapi ALLAH telah memberi peluang kepada saya untuk jadi akk naqibah..
naqibah?? uhhh, seram je bunyi nyer.. tapi betul.. saya memang rasa gementar untuk pegang tanggung jawab ini sbab kt ini bukan sahaja setakat menyampaikan ilmu kepada adik tapi mendidiknya sekali ( baru sedar jadi pendidik bukan mudah, ish3, bukan nk hargai sgt cikgu2 sekolah dulu :P)
jadi.. saya nk post persoalan dr akhawat kt ni & yang menjawab persoalan ini adalah dari ustaz salam...

Ustaz mendoakan agar Allah swt. mengurniakan keberkahan kepada hidup Nur Islah, atas kemahuan & semangat yang membara utk menjadi murabbiyah. Inilah juga amal yg kurnia-Nya pun besar, lebih besar ganjaran-Nya daripada dunia dan seisinya.
Pertama; Ikhlaskan Niat Kerana Allah swt.
“Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.” (QS. 4 : 146).
Niat yg ikhlas akan membawa keredhoan Allah swt.. Redho Allah swt. akan membawa kepada redho manusia kerana Dia-lah yg membuka atau menutup pintu hidayah kepada siapa sahaja mutarobbi kita. Dengan hati yang ikhlas, kita juga akan senantiasa tenang dan seronok berjumpa dengan para mutarabbi walaupun mereka memiliki pelbagai ragam tagam jika hati kita ‘kurang sihat’, ia akan menarik segala yg kurang sihat.
Taburlah dakwah dgn cinta, kerana ia akan menarik dan membawa cinta.
Lakukan pembinaan (memegang halaqah) kerana mengharap redho Allah SWT. Tepis jauh-jauh niat selain ikhlas, seperti niat ingin populer, ingin mendapatkan pengikut, ingin mengisi waktu luang, ingin mendapatkan ilmu, ingin dipuji oleh orang lain, apalagi ingin mendapatkan uang! Istighfarlah kepada Allah jika timbul percikan niat ke arah itu.
Kedua; Persiapkan diri – baik ilmu, mutaba’ah, qudwah, planat dan pelbagai lagi.
“Da’i harus memiliki argumen yang kuat untuk mendukung makna yang diutarakan dan harus memperhatikan kesesuaian argumen dengan makna tersebut. Ia memiliki keluasan dalam memilih argumen, sebab ayar-ayat Al Qur’an, hadits-hadits Rasul, sirah Nabawiyah yang harum, dan sejarah Islam adalah argumen yang kuat yang dapat digunakan untuk memperkuat pembicaraan” (Musthafa Masyhur).
“Dan persiapkanlah segala kekuatan” Al-Anfal: 60
Ketiga; Siap sedia utk mengorbankan masa, duit, tenaga dan emosi.
Sudikah Nur Islah untuk mendengar segala luahan muutarabbi ? Sudikah Nur Islah untuk membantu mutarabbi di kala dia memerlukan bantuan ? Sudikah ukhti meluangkan masa baik malam ataupun siang utk menziarahi mutarabbi ? Sudikah ukhti utk membagi duit gaji semata2 utk memantapkan mutarabbi (dauroh, jaulah dll) ?
Seterusnya, Nur harus menyertai Dauroh I’dad murabbi. Ustaz mencadangkan buku berikut utk Nur Islah baca; Buku 114 Tips Murobbi Sukses (Satria Hadi Lubis)
Ustaz Salam

No comments:

Post a Comment